MEMPROMOSI ONLINE

Gunakan Web Promosi Replika yang boleh digunakan untuk %22Auto Downline%22 dan %22Auto Viral%22
MyTonePlus.com

Laman Web Promosi Percuma MyTonePlus.com

Laman web promosi MyTonePlus.com dilancarkan pada Ogos 2012 sewaktu program Tone Plus mula diperkenalkan. Laman web promosi ini adalah kepunyaan peribadi Premium Branch Kamaruzaman Zainal (KZ) yang bertindak selaku ADMIN laman web tersebut. Ia adalah laman web mempromosi program Tone Plus yang pertama seumpamanya.

Tujuan membina laman web ini adalah kerana kami ingin menggunakan platform online sebagai platform utama membantu rakan-rakan niaga ahli kumpulan MyTonePlus.com mempromosi dan merujuk ahli-ahli pengguna baru.

Pemasaran online memerlukan anda mempunyai satu laman web di online. Maka, kami menyediakan laman web berbentuk replika ini untuk anda gunakan. Mudah, tidak perlu anda buat laman web lagi…. jimat kos!

Apa yang menarik dengan laman web promosi ini adalah ia mampu memberikan satu laman web replika kepada ahli-ahli dalam kumpulan lantas memudahkan aktiviti promosi mereka. Ia mampu bertindak sebagai web ‘auto downline’ dan boleh di viralkan oleh penggunanya.

Laman web ini menyediakan satu bentuk peluang bisnes online melalui program Tone Plus. Sesiapa sahaja boleh mula membina bisnes yang berjaya menggunakan laman web ini walau berada dimana-mana sahaja.

Bisnes melalui laman web  ini boleh diuruskan secara penuh masa atau pun separuh masa kerana ia sangat mudah digunakan lantaran mampu membantu dalam aktiviti membentuk dan membesarkan rangkaian.

Harus difahami bahawa laman web ini bukanlah web rasmi syarikat. Ia lebih merupakan interpretasi kami terhadap bisnes ini. Keputusan-keputusan akhir polisi dan perjalanan pelan-pelan bisnes ini adalah tertakluk kepada syarikat pengendali iaitu Tone Group.

Di bawah adalah proses-proses dari Langkah 1 hingga 5 untuk anda mendapatkan web promosi ini secara PERCUMA dan seterusnya dibincangkan juga cara-cara bagaimana untuk mengunakan web promosi replika anda dengan lebih efisyen.

Langkah 1 : DAFTAR PERCUMA

Web promosi program yang disediakan untuk anda mempromosi program Tone Plus adalah di MyTonePlus.com Sesiapa sahaja boleh mendaftar di laman web promosi ini samada anda sudah menjadi ahli atau pun belum menjadi ahli Tone Plus.

Untuk menggunakan web promosi ini, anda boleh mendaftar diri anda sendiri dan juga mendaftar kenalan rakan niaga rangkaian anda. Kedua-dua cara mendaftar dibincangkan dibawah

CARA 1 : Mendaftar diri sendiri.

Apabila anda ingin mendaftar di laman web promosi ini, perujuk/penaja anda adalah mereka yang memperkenalkan laman web ini kepada anda. Di muka hadapan laman web, nama perujuk akan dapat dilihat dengan jelas menunjukkan siapa yang merujukkan program ini kepada anda. Apabila anda telah berpuashati dengan perujuk/penaja tersebut, anda boleh bermula dengan klik menu “DAFTAR” di panel menu utama (rujuk foto bawah).

 

Setelah klik “DAFTAR“, anda akan diminta untuk mengisi beberapa maklumat penting untuk pendaftaran PERCUMA. Maklumat-maklumat tersebut adalah seperti di foto bawah. “Username Perujuk” anda akan tercatit bahagian atas, contohnya “admin” seperti foto di bawah.

Untuk pengetahuan anda, username adalah nama pengenalan link seseorang ahli  pengguna web promosi ini. Perkataan username ini tidak boleh ada jarak diantara abjad. Jadi pilihlah username yang baik untuk anda mempromosi web anda. Ada banyak username yang elok dan baik untuk bisnes ini. Sila pilih yang sesuai. Contoh username adalah BISNESJAYA, TONEPLUSNETWORK, MYTEAM, AHMADALI, BISNESPASIF, DUITBERTERUSAN dan sebagainya. Anda juga boleh meletakkan username berdasarkan nama anda seperti ALIAHMAD, SALMAH1980, VISIABU2018 dan sebagainya. Pastikan perkataan username tiada ruang kosong dan pendek, senang diingat dan kurang 15 perkataan.

Seterusnya, sila isikan segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik kotak “Daftar!“. Setelah anda klik kotak “Daftar!“, satu mesej TAHNIAH akan terpampang di skrin menandakan anda telah berjaya didaftarkan secara percuma di web ini. Di situ juga akan dibekalkan satu link laman web peribadi untuk anda gunakan sebagai alat promosi. Link promosi tersebut adalah seperti contoh “www.mytoneplus.com/usernameAnda”. Sila rujuk foto seperti di bawah.

 

Setelah berjaya didaftarkan, anda kini kenali sebagai ahli pengguna PERCUMA laman web ini dan anda boleh mula mempromosi laman web anda menggunakan link yang telah diberikan.

Anda juga boleh masuk ke “Pejabat Maya” laman web (imej bawah) ini dengan cara LOGIN dan memasukkan username dan password anda. Jika sekiranya terdapat masalah pendaftaran, anda tidak akan sampai ke ruangan “Pejabat Maya”. Masalah ini biasanya berlaku apabila terdapat tanda ‘ pada nama seseorang. Dengan demikian, anda perlu membuat pendaftaran semula. Sila hubungi ADMIN jika masalah ini berterusan.

 

CARA 2 : Mendaftar kenalan sebagai ahli rangkaian anda.

Apabila anda ingin mendaftarkan kenalan ke dalam rangkaian kumpulan anda, CARA 1 boleh digunakan atau anda boleh gunakan CARA 2 iaitu dengan mendaftar mereka melalui “Pejabat Maya” anda.

Caranya adalah, apabila anda telah LOGIN ke “Pejabat Maya”, sila klik menu “Daftar Ahli” seperti tertera di menu utama sebelah atas “Pejabat Maya” (Sila lihat foto di atas). Seterusnya, anda boleh mendaftar mereka dengan menggunakan langkah seperti mana yang digunakan di CARA 1.

Sebagai peringatan, setiap kali anda mendaftarkan pengguna baru (downline) dilaman web promosi ini, sila pastikan maklumat “Perujuk/penaja Anda” yang tertera adalah username anda. Ini bagi mengelakkan anda terdaftar dibawah penaja yang lain.

Setelah berjaya didaftarkan, anda boleh pergi ke “Pejabat Maya” ahli pengguna baru tersebut dengan cara LOGIN dan memasukkan username dan password ahli pengguna baru tersebut.

Okay, begitu adalah cara-cara mendaftar PERCUMA di laman web promosi MyTonePlus.com.

Pendaftaran PERCUMA membolehkan anda mengkaji peluang dan keberkesanan sistem laman web ini. Paling utama, apabila anda telah berdaftar walaupun secara PERCUMA, anda boleh mula mempromosi laman web replika anda dengan menggunakan link yang telah diberikan. Pastikan anda menaip link anda tersebut dengan tepat seperti contoh “www.mytoneplus.com/usernameAnda”. Pastikan setiap ejaan, tanda titik dan username anda adalah tepat.

Sebagai ahli pengguna PERCUMA yang berdaftar seperti diatas, anda boleh mempromosi program ini dan mendaftar pengguna baru dalam web promosi ini dengan cara diatas tetapi anda tidak dapat melihat maklumat senarai rangkaian yang berdaftar dibawah anda selagi web promosi anda tidak di aktifkan (Langkah 4). Apabila anda klik menu “Lihat Downline” di Pejabat Maya, tiada apa-apa yang berlaku.

Untuk mengubah situasi ini, anda perlu UpGrade VIP iaitu membeli Pakej Mula (Starter Pack) seperti di langkah 2 dan menjadi ahli Tone Plus secara rasmi (ada Nombor Keahlian dan Nombor Talian Tone Plus) seperti di langkah 3. Setelah itu, barulah laman web replika anda boleh diaktifkan seperti langkah 4 dan digunakan secara efisyen.

Seterusnya…..

Jika anda tiada Kad SIM, Sila ikuti langkah 2, 3, 4 dan 5

Jika anda telah mempunyai Kad SIM tapi belum berdaftar, sila ikuti langkah 3, 4 dan 5

Jika anda telah berdaftar sebagai ahli Tone Plus, sila ikuti langkah 4 dan 5

Jika semua telah selesai, sila ikuti langkah 5.

Langkah 2 : DAPATKAN PAKEJ MULA

Untuk menjadi ahli rasmi Tone Plus, anda perlu mendapatkan Pakej Mula (Starter Pack) yang mengandungi Kad SIM Tone Plus. Jika anda telah mempunyai Kad SIM tapi belum berdaftar, sila ikuti langkah 3, 4 dan 5.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai cara untuk anda mendapatkan Pakej Mula (Starter Pack) program Tone Plus.

  1. Dapatkan dari perujuk yang memperkenalkan anda program ini.
  2. Dapatkan dari Stokis-stokis – Service Center (SC), Premium Service Center (PSC) atau Branch (Br) yang bernaung dengan rangkaian MyTonePlus.com.
  3. Dapatkan dari Kedai Online di Facebook >> MyTonePlus DotCom
  4. Dapatkan dari laman web promosi MyTonePlus.com ini melalui tatacara dibawah

Harga Pakej Mula (Starter Pack) yang telah ditetapkan oleh syarikat adalah seperti berikut:

Kad SIM 3G adalah RM98.60 (termasuk GST RM5.60) atau harga Kad SIM 4G adalah RM103.90 (termasuk GST RM5.90)

Cara Pembelian melalui Laman Web Promosi

Berikut adalah cara-cara untuk membeli pakej mula (Starter Pack) menggunakan laman web promosi MyTonePlus.com. Jika anda belum mendaftar percuma di web ini, sila lakukan pendaftaran percuma terlebih dahulu.

Berikut adalah cara untuk mendapatkan Pakej Mula (Starter Pack) yang mengandungi Kad SIM program Tone Plus melalui web promosi MyTonePlus.com ini:

1. Mulakan dengan menyemak PEJABAT MAYA anda dahulu. Sila LOGIN dengan memasukkan maklumat ‘username’ dan ‘password’ anda. Jika anda terlupa ‘password’, tekan sahaja butang ‘Lupa password?’ di situ dan ‘password’ anda akan dihantar ke alamat email anda. Seterusnya, jika ‘username’ dan ‘password’ anda betul, anda akan dibawa ke halaman PEJABAT MAYA. (Jika sekiranya anda terlupa kedua-dua ‘username’ dan ‘password’, anda masih boleh mendaftar akaun baru sekali lagi).

 

2. Di halaman “Pejabat Maya” seperti di gambar bawah, anda boleh lihat dan klik menu PEMBELIAN dan melakukan pembelian pakej Kad SIM terus melalui ADMIN laman web ini.

 

3. Jika anda berada di menu  ‘PEMBELIAN’, anda akan dapat melihat 3 perkara yang perlu anda lakukan dalam melakukan pembelian.

Perkara 1 – Lengkapkan Maklumat Anda. Klik link ‘Klik disini’ dan kemaskinikan segala maklumat peribadi yang dipinta.

 

Setelah selesai, jangan lupa klik butang ‘UPDATE’ (kotak merah).

         

Perkara 2 – Seterusnya adalah langkah buat pembayaran. Terdapat 2 buah akaun untuk anda lakukan pembayaran seperti yang tercatit di situ iaitu akaun Bank CIMB dan Maybank. Sila buat pembayaran ke salah satu akaun pilihan anda atas nama MyTonePlus DotCom.

 

Jika anda belum buat pembayaran, sila lakukannya dahulu dan masuk kembali ke ruangan ‘PEMBELIAN’ UPGRADE VIP ini semula setelah pembayaran dibuat untuk melakukan langkah terakhir. Jangan lupa langkah terakhir dibawah ini!

Perkara 3 – Jika anda telah membuat pembayaran, sila hantarkan laporan pembayaran anda kepada kami di ADMIN. Sila isikan semula maklumat-maklumat pembayaran anda seperti yang dipinta di ruangan yang disediakan dan tekan ‘submit’ (hantar).

Pertamanya, maklumat peribadi anda akan tertera disitu untuk pengesahan identiti dan maklumat (gambar bawah). Jika anda dapati maklumat anda tidak dipenuhi, sila isikan dahulu.

Setelah itu, isikan maklumat pembayaran anda di ruangan seperti dibawah dan tekan ‘submit’  (hantar).

 

Untuk mempercepatkan urusan, anda perlu SMS ke ADMIN mengikut tatacara yang disediakan disitu.

4. tu sahaja langkah yang perlu diambil. Pihak ADMIN akan meneliti pembayaran anda dan membuat pengesahan pembayaran secepat mungkin dengan menguruskan proses penghantaran Kad SIM kepada anda.

Anda boleh menyemak status penghantaran Kad SIM di bahagian bawah menu >>>  PEMBELIAN

Sila hubungi ADMIN di 010 7713006 jika anda tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 hari (bekerja) pembayaran dibuat.

 

PERINGATAN PEMBELIAN PAKEJ KAD SIM

Untuk mengenalpasti pakej Kad SIM adalah berasal dari kumpulan MyTonePlus.com, maka terdapat beberapa Alat Bantu Promosi (ABP) yang dibekalkan bersama pakej mula (Starter Pack) yang mengandungi:

  1. Kad SIM 3G/4G – 1 Keping
  2. Booklet – Buku Panduan “Dream BIG and Keep It SIMPLE” – 1. Unit
  3. Brosure – 5 Keping
  4. Flyers – 5 Keping
  5. Table Talk – 1 Keping
  6. Cover/Sampul kad SIM  – 1 Keping

Jika anda ragu-ragu, anda boleh menyemak dengan pejabat kami di 03-91011006.

Apabila anda telah menerima Kad SIM Pakej Mula (Starter Pack), anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli Tone Plus. Proses-proses pendaftaran terdapat di artikel DAFTAR KEAHLIAN TONE PLUS.

 

Seterusnya…..

Jika anda telah mempunyai Kad SIM tapi belum berdaftar, sila ikuti langkah 3, 4 dan 5

Jika anda telah berdaftar sebagai ahli Tone Plus, sila ikuti langkah 4 dan 5

Jika semua telah selesai, sila ikuti langkah 5.

 

Langkah 3 : DAFTAR KEAHLIAN

Apabila anda membeli Pakej Mula (Starter Pack) daripada MyTonePlus.com, pihak admin tidak mendaftarkan anda secara otomatik. Ini bagi memastikan anda menerima Kad SIM tersebut sebelum didaftarkan sebagai ahli.

Apabila Kad SIM telah berada ditangan, terdapat beberapa cara alternatif untuk mendaftarkan diri anda atau pun ahli rangkaian anda sebagai ahli Tone Plus. Pilih salah satu yang sesuai untuk anda. Cara-cara tersebut adalah

Cara 1 : Dilakukan Oleh Perujuk/Penaja Anda Sendiri

Cara 2 : Dilakukan Melalui Cara SMS Oleh Penaja atau Anda Sendiri

 

Cara 1: Dilakukan Oleh Perujuk/Penaja Anda Sendiri

Sila hubungi penaja anda dan bekalkan maklumat 1) hingga 7) berikut kepada beliau:

  1. Nama Penuh
  2. Nombor IC atau Nombor Passport
  3. Alamat Surat-Menyurat
  4. No Handphone
  5. Alamat eMail
  6. 8 nombor siri terakhir SIM KAD yang terdapat dibelakang kad anda. Walaupun nombor siri itu mempunyai 16 angka, yang penting hanya 8 angka terakhir dan ia bermula dengan 850XXXXX.
  7. Nombor PUK yang terdapat di belakang Sim Kad.

Sebagai pilihan (optional), anda juga boleh memberikan maklumat berikut dibawah kepada Penaja untuk dimasukkan ke dalam maklumat pendaftaran anda. Jika tidak, anda boleh melakukannya sendiri (edit) apabila anda telah masuk ke akaun ahli Tone Plus anda kemudian.

a) No Akaun Bank Anda.
b) Penama Akaun Bank tersebut
c) Nama Bank

d) Nama Pewaris
e) No IC/Pasport Pewaris
f) No Talipon Pewaris
g) Hubungan Anda Dengan Pewaris

 

Cara 2 : Melalui Cara SMS Dilakukan Oleh Penaja atau Anda Sendiri

  1. Arahan standard adalah “TPD”.
  2. 8 angka nombor siri terakhir Sim Kad yang terdapat dibelakang kad anda. Walaupun nombor siri itu mempunyai 16 angka, yang penting hanya 8 angka terakhiirir dan ia bermula dengan 80XXXXXX.
  3. Nombor PUK yang terdapat dibelakang Sim Kad
  4. Nama Penuh
  5. Nombor IC atau Nombor Passport.
  6. Alamat sehingga poskod sahaja.
  7. No keahlian ID Penaja (TPA): Jika penaja anda adalah Kamaruzaman Zainal, sila gunakan Member ID pilihan saya iaitu TPA 000006. Jika penaja anda orang lain, sila masukkan member ID mereka yang BETUL. Setiap ahli akan diberikan nombor ahli atau member ID mereka tersendiri. Gunakannya sebagai ID Penaja (TPA) untuk menaja sesiapa ahli baru. Jangan tersilap member ID. Akibatnya, ahli baru berkenaan akan di taja oleh orang lain! BAHAYA!

 

Format SMS (Asingkan setiap maklumat dengan satu space seperti contoh dibawah:

TPD <NoSimKad8Terakhir> PUK<NoPUK> <NamaPenuh><NoIC/Paspot><AlamathinggaPoskodSahaja>TPA<IDPenaja>

Contoh SMS:

TPD  85XXXXX PUK 23518602 Ali Bin Abu 70XXXXXXXXXX No 376 Jalan 13/2, Taman Beringin 56000  TPA 000006

 

VIDEO PENERANGAN CARA DAFTAR SMS

 

Bagi Cara 1, selepas anda telah didaftarkan oleh Penaja anda. Penaja tersebut mesti memberikan Nombor Keahlian Tone Plus dan Nombor Talian Tone Plus kepada anda.

Bagi Cara 2, pihak admin 010-800 8636 akan membalas SMS dengan memberikan Nombor Keahlian dan Nombor Talian Tone Plus anda.

Seterusnya…

Setelah menjadi ahli, akaun keahlian anda adalah di www.tonegroup.net . Silih pilih imej Tone Plus dan seterusnya anda boleh LOGIN menggunakan Username (No MyKad/Passport Anda) dan Password kali pertama adalah 1234.

Sila semak segala maklumat keahlian anda dalam akaun tersebut bagi memastikan ianya benar dan tepat. Anda boleh mengemaskini maklumat dalam akaun tersebut.

Langkah 4 : AKTIFKAN WEB PROMOSI

Setelah anda mendaftar percuma di Web Promosi MyTonePlus.com, anda dikenali sebagai ahli pengguna percuma laman web kami. Sebagai ahli pengguna percuma, anda boleh mempromosi program ini dan mendaftar pengguna baru dalam web promosi ini tetapi anda tidak dapat melihat maklumat senarai rangkaian yang berdaftar dibawah anda. Apabila anda klik menu “Lihat Downline” di Pejabat Maya, tiada apa-apa yang berlaku.

Untuk mengubah situasi ini, anda perlu menjadi ahli Tone Plus secara rasmi dan mempunyai nombor keahlian dan nombor talian Tone Plus. Setelah anda mendaftar jadi ahli baru lah web promosi ini boleh diaktifkan. Proses ini adalah dinamakan UPGRADE VIP iaitu mendaftar jadi ahli Tone Plus dan mengaktifkan laman web dan menggunakannya secara lebih efisyen. Berikut adalah tatacaranya:

Jika perujuk anda yang melakukan proses pendaftaran keahlian Tone Plus anda, sila minta beliau untuk masuk (Login) web promosi MyTonePlus.com beliau dan pergi ke “Pejabat Maya”nya. Beliau boleh mengaktifkan web promosi anda dengan memasukkan maklumat pendaftaran anda di menu “Aktifkan Web Promosi Downline”.

Jika beliau gagal berbuat demikian kerana sebab-sebab tertentu, anda boleh terus talipon pejabat kami di 03-91011006 dan berikan maklumat anda berkenaan perkara berikut:

  1. Username
  2. Nombor Keahlian (TPA)
  3. Nombor talian Tone Plus
  4. Nombor Siri Kad SIM (8 angka)

Pihak kami akan menyemak nombor siri kad SIM bagi memastikan ia datang dari kumpulan MyTonePlus.com sebelum menaik taraf laman web percuma anda ke UPGRADE VIP.

Langkah 5 : MEMPROMOSI ONLINE

Apabila anda telah mendaftar di web ini, anda akan diberikan web promosi PERCUMA melalui link peribadi yang terdapat username anda. Apabila anda membuat promosi link peribadi tersebut, sesiapa yang mendaftar di laman web yang mempunyai link username anda, secara automatik mereka akan didaftarkan sebagai downline anda.

 

1. Link Peribadi Setiap Ahli.

Apabila anda mendaftar di mana-mana laman web promosi kami, sistem laman web ini akan meminta anda memberikan ‘username‘ iaitu satu nama ringkas pengenalan anda selaku pengguna laman web ini. ‘Username‘ ini begitu penting kerana ia akan membezakan diantara laman web replika peribadi setiap penggunanya.

Pertamanya ingat, bahawa alamat link URL umum untuk laman web ini adalah  —>  www.mytoneplus.com

Alamat link ini adalah kepunyaan pentadbir laman web ini, sekiranya sesiapa mendaftar disini, mereka akan diletakkan terus sebagai downline ADMIN.

Katakan anda letak username sebagai ‘BISNESPASIF‘ sewaktu mendaftar PERCUMA di laman web ini mengikut tatacara seperti di LANGKAH 1. Setelah anda isikan maklumat dan ia berjaya didaftarkan, link laman web peribadi anda adalah seperti di bawah:

Alamat link laman web peribadi anda —>  www.mytoneplus.com/bisnespasif

Apabila anda membuat promosi, jangan lupa untuk meletakkan username anda seperti ‘/bisnespasif‘ dibelakang link tersebut. Jika link ini ditaip dengan tepat, ia akan membawa prospek ke laman web anda.

Anda juga boleh memberikan link ini kepada rakan-rakan kenalan untuk mereka menyemak peluang bisnes ini dan terus mendaftar di dalam kumpulan anda.

 

2. Bahan-bahan Promosi Internet

Di Pejabat Maya setiap ahli MyTonePlus.com telah disediakan bahan-bahan untuk promosi. Sila LOGIN ke PEJABAT MAYA dan klik menu Promosi di ruangan atas Pejabat Maya dan anda akan dibawa ke halaman promosi. Antara bentuk promosi yang telah disediakan siap menggunakan link anda adalah:

1. Promosi alamat link laman web peribadi anda

2. Promosi SMS

3. Promosi Email

4. Promosi Banner pelbagai saiz

5. Laman-laman web promosi.

Bagi Promosi Banner, anda hanya perlu ‘copy’ kod HTML dan diberikan kepada mana-mana laman web yang anda ingin letakkan banner tersebut terutamanya laman-laman web pengiklanan di internet.

 

3. Mempromosi di Media Sosial (Facebook)

Facebook adalah media sosial yang popular pada masa ini, sekiranya anda belum mempunyai akaun sila buka satu akaun dengan klik di sini.  Setelah mempunyai akaun facebook sendiri, sila tambah rakan sebanyak yang mungkin dengan cara menaip nama atau email mereka dikotak kosong (search) atas wall facebook anda. Seterusnya cari dan sertai ‘group’ yang sesuai yang banyak terdapat di Facebook.

Anda boleh pos kan alamat link web promosi anda di Facebook dan meminta rakan-rakan Facebook untuk melawat web promosi anda.

Cara meletakkan Link Web Peribadi Anda di Wall Facebook

1. Di Wall akaun Facebook anda, sila klik Update Status untuk membuat post baru dan mula taip link anda dikotak kosong seperti berikut:

Contohnya username anda adalah ‘bisnespasif’, jadi anda taip –>> www.mytoneplus.com/bisnespasif

Pastikan tiada titik atau jarak antara abjad tersebut.

2. Seterusnya anda klik ‘ATTACH’.

Anda boleh pilih gambar di ‘choose thumbnail‘ mengikut selera anda. Klik nombor-nombor tersebut dan lihat lihat pilihan gambar.

3. Setelah itu, anda boleh tulis ayat power anda sendiri di ruang kotak kosong bawah itu.

4. Akhir sekali, klik ‘SHARE’.

Masa Puncak Untuk Anda Mempromosi Link:

Waktu pagi sebelum jam 8.30 pagi, tengahari sebelum jam 1.00 tghhari dan jam 5.00 ptg.

Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Ramai yang tak nampak link anda jika anda buat kurang dari itu terutamanya mereka yang punya ramai frenz FB.

P/S Anda boleh test link anda apabila telah siap. Perhatikan samada nama anda keluar sebagai penaja di muka depan laman web anda.

 

4. Mempromosi di Media Sosial Twitter, Instagram dan lain-lain

Anda juga boleh menggunakan link peribadi web promosi anda untuk dipromosikan di pelbagai media sosial seperti twitter, instagram dan lain-lain. Cara perkongsian link adalah sama seperti yang diterangkan diatas.

 

5. Kesilapan yang biasa berlaku sewaktu menaip alamat link

1. Ejaan salah – Jangan tertinggal satu pun abjad seperti contoh diatas tetapi anda boleh tinggalkan http:// dan terus mula dengan www

2. Tertinggal username – Username paling penting kerana ia menunjukkan laman web anda.

3. Ada Jarak antara abjad – Pastikan tiada jarak atau ruang kosong antara abjad di link tersebut.

4. Terletak tanda titik (.) dihujung link – Jangan bubuh titik diakhir username

5. Salah taip titik (.) dengan koma (,)

Selamat Berjaya!!!

 

Dream BIG and Keep It SIMPLE!

Shares