KAMARUZAMAN ZAINAL (KZ)

Dream BIG and Keep It SIMPLE!

blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Selamat datang ke blog saya. Saya adalah Kamaruzaman Zainal atau lebih dikenali sebagai singkatan KZ atau SifooKZ sahaja.

Banyak yang dikecapi…

Alhamdulillah.. sejak 5 tahun lepas, kehidupan saya kembali lebih teratur dan lebih bermakna. Bulan Oktober 2015, saya telah pun bernikah semula dengan isteri saya Siti Nor Diyana. Telah ditakdirkan isteri baru ini jauh lebih muda dari saya. 🙂 Syukor sahaja atas tanggungjawab ini.

Manakala, satu-satunya anak dari penikahan saya yang terdahulu iaitu Nurdiyanah telah pun sampai di tahun 2 pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pada waktu ini sedang menjalani pengajian 6 bulan di Kyoto, Jepun. Perbelanjaan pengajiannya mampu saya penuhi walau tanpa Biasiswa dan Pinjaman.

Kedudukan kewangan juga bertambah baik hingga membolehkan saya membesarkan rumah keluarga yang telah tertangguh sekian lama.

ausBanyak juga pakej pelancongan yang saya terima seperti Ke Perth dan Gold Coast – Australia, Bandung dan Bali – Indonesia, Bangkok – Thailand, Ho Chi Minh – Vietnam. Namun tidak semua saya ikuti.

Dulu pernah hidup senang…

Saya sendiri amat terkejut.. Keadaan diatas amat berbeza sebelum 4 tahun lepas. 16 tahun dulu iaitu pada tahun 2000 saya meninggalkan alam pekerjaan kerana merasa letih. bosan dan tidak lagi mencabar bagi saya untuk duduk dikerusi empuk sebagai pegawai kerajaan dan lembaga pengarah sebuah syarikat di bursa Malaysia. Saya terjun ke bidang perniagaan dengan membuka syarikat sendiri. Seronok berniaga sehingga syarikat mempunyai nilai jualan tahunan mencapai jutaan ringgit dibantu oleh 30-40 pekerja,

Hilang segalanya…

Namun perniagaan yang saya uruskan itu menghadapai masalah bermula pada pada 2008 berikutan keadaan ekonomi, ditambah pula masalah kesihatan dan peribadi saya yang tidak mengizinkan. Kemampuan kewangan saya benar-benar terjejas sehingga memaksa saya menghentikan operasi perniagaan tersebut pada 2010. Saya hilang segalanya… kewangan, harta benda termasuk juga terpaksa melalui fasa perceraian. Sunggoh kelam dan menyedihkan.

Zaman gelap saya pun bermula pada 2010. Dengan umur yang semakin meningkat menyebabkan saya tercari-cari sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Keyakinan diri mula terhakis..Banyak cara saya fikirkan ketika itu, hanya Allah swt sahaja tempat saya panjatkan rayuan dan ibu tersayang jadi peneman setia.

Pemasaran rangkaian …

Alhamdulillah…Saya telah mengambil langkah yang saya anggap terbaik pada 2010 apabila saya mula mengkaji secara serius potensi perniagaan pemasaran rangkaian yang mudah dan kos modal penyertaannya pula sangat rendah.

Akhirnya, saya telah menyertai program Tone Excel pada April 2011 (No Ahli M-37914) dan apabila syarikat melancarkan program keduanya iaitu Tone Plus pada Ogos 2012, saya juga tidak ketinggalan menyertainya dengan nombor ahli TPA 000006. Hasilnya pulangannya sangat lumayan.

Dengan hanya RM80 (harga lama) yang telah saya laburkan pada setiap program, pulangannya terlalu berbaloi. Daripada kedua-dua program, saya menjana 5 angka setiap bulan! Kini, saya telah bertaraf Service Center di program Tone Excel dan Premium Branch di program Tone Plus.

Kejayaan demi kejayaan…Mengasaskan MyTonePlus.com

Bermula dengan membina web promosi MyTonePlus.com untuk mempromosi program Tone Plus. Akhirnya, pada 2013, kejayaan besar di Tone Plus telah menyebabkan saya mendaftarkan sebuah syarikat bernama MyTonePlus DotCom untuk menguruskan perniagaan ini bersama ahli rangkaian yang bernaung di bawahnya yang berada di seluruh Malaysia.

bSaya juga telah dianugerahkan anugerah “Best Leadership 2013′ dan “Excellent Leadership 2014” oleh syarikat penganjur Tone Group. Ini adalah hasil dari usaha saya membentuk rangkaian usahawan dalam Tone Plus. Sehingga kini ahli rangkaian Tone Excel dan Tone Plus saya menjangkah lebih 40,000 ahli di seluruh Malaysia. Saya juga berbangga kerana hasil bimbingan saya, terdapat kira-kira 7 orang ahli kumpulan samada secara langsung atau tidak langsung telah mencapai tahap tertinggi dalam Tone Plus iaitu Premium Branch yang setaraf dengan saya.

Selain itu, saya juga telah menerima insentif mengerjakan UMRAH secara percuma yang telah dianjurkan oleh syarikat bagi ahli yang mencapai kenaikan komisyen pada tahap yang ditetapkan, 1457706_711616525515215_984825294_n

Setelah berkecimpung dalam program rujukan Tone Excel dan Tone Plus sejak tahun 2011, saya telah berjaya mencipta pendapatan 5 angka dalam 18 bulan. Pendapatan pasif ini berterusan 5 angka setiap bulan sehingga kini. 

Dengan itu, saya ingin berkongsi pengalaman melalui blog ini tentang bagaimana anda juga boleh menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan melalui handphone dengan kos yang paling minimum.

umrahAnda perlukan wang?

Tak kisah lah sebab apa anda perlukan wang. Anda mungkin perlu tambah simpanan, perlu ada wang lebih untuk mengecapi kehidupan lebih baik, tak suka dengan pekerjaan sekarang, nak tinggalkan sesuatu yang bermakna untuk anak cucu atau anda ingin hidup ikut cara anda……

Jika anda berada dalam keadaan seperti saya, bertindaklah dengan betul. Rancangkan sesuatu yang akan mengubah hidup anda dan jangan lemah semangat apabila ada yang memandang serong. Percaya kepada diri sendiri. Tiada siapa yang mengubah hidup kita kecuali diri kita sendiri. Jangan fokus kepada faktor luaran, ia akan hanya membuatkan anda lemah. Fokus kepada kemampuan diri dan ia akan membawa anda kepada kejayaan!

Kini, saya bersama isteri mengusahakan program rujukan Tone Plus sepenuh masa. Kami sentiasa memandang kepada potensi yang akan hadir dalam industri ini. Kami sedia membantu anda untuk berjaya dalam mengubah hidup anda menjadi lebih baik! Kami percaya anda boleh melakukannya.

Apa strategi nak berjaya?

Secara ringkas, sila buat dulu keputusan untuk diri anda berjaya dalam bisnes yang anda pilih ini, seterusnya tetapkan tekad dalam perancangan anda untuk mencapai kejayaan tersebut. Ketiganya, belajar lah tentang selok-belok mengusahakan bisnes ini, keempat fokus mempromosi, terutama laman web anda secara online dan offline dan kelima, anda mesti sentiasa berfikiran positif!  

Anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang dicadangkan di blog ini dan setelah  itu, samada cepat atau lambat untuk merasai pendapatannya adalah bergantung kepada aktiviti promosi yang anda lakukan.

Seperkara lagi, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh mempromosi program ini dengan cara paling mudah dan strategi yang boleh digunakan untuk berjaya.

Anda boleh menghubungi saya melalui email dibawah atau boleh ikuti saya di Facebook dan Twitter di bawah.

.

Dream BIG and Keep It SIMPLE!

7 + 13 =

Shares