LANGKAH 4 - SEMAK AKAUN WEB AHLI

Pastikan maklumat pendaftaran anda adalah tepat dan kemaskini

Bagi anda yang telah berdaftar sebagai ahli Tone Excel atau Tone Plus, anda akan mendapat Nombor Keahlian dan Nombor Talian yang akan diberikan oleh mereka yang mendaftarkan anda. Bersamanya, anda akan diberikan web ahli yang disediakan oleh pihak pengendali program iaitu Tone Group Sdn Bhd.

Apabila anda baru jadi ahli, Sila semak semua maklumat anda termasuk No IC/Passport, maklumat bank dan waris supaya ia dalam keadaan terkini. Kesilapan maklumat bank terutamanya akan menyebabkan pembayaran komisen tidak dapat dilakukan, Jika terdapat sebarang kesilapan, Anda boleh melakukan pembetulan dan perubahan dalam web rasmi ini.

Untuk melihat masuk ke dalam akaun keahlian anda, berikut adalah cara-caranya:

a) Anda hanya perlu ke laman web Tone Group di www.tonegroup.net. (link disediakan dibawah). Setelah itu, sila pilih samada akaun ahli Tone Excel atau Tone Plus dengan cara klik gambar logo Tone Excel atau Tone Plus.

b) Anda akan dibawa ke laman web program berkenaan. Sila LOGIN menggunakan LOGIN ID iaitu no MyKad/passport dan PASSWORD kali pertama adalah 1234. Jika anda login kali pertama, anda akan diminta untuk menukarkan password sementara tersebut ke password peribadi anda. Sila lakukan.

c) JIka anda terlupa password, anda boleh klik icon “Lost Your Password” dan anda akan diminta mengisi maklumat LOGIN ID iaitu Nombor MyKad/Passport yang digunakan sewaktu pendaftaran. Setelah itu, password sementara akan dihantar ke talian bimbit Tone Excel atau Tone Plus anda.

d) Setelah anda berada di dalam akaun anda, sila semak semua maklumat anda yang telah didaftarkan. Sila pastikan segala maklumat adalah tepat terutama maklumat bank dan waris. Jika terdapat perubahan, anda boleh lakukan perubahan dan SAVE perubahan tersebut.

Antara perkara yang anda boleh gunakan laman web ahli ini adalah untuk:

  1. Melihat komisyen yang diterima setiap hari. Sebagai pengetahuan, data komisyen Top Up direkodkan 3 hari selepas berlakunya Top Up oleh rangkaian anda.
  2. Web ahli Tone Plus boleh digunakan untuk mendaftar ahli baru dibawah anda.

Web ahli ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Tone Group. Jika terdapat sebarang masalah tentang akaun anda, sila hubungi talian khidmat (Care Line) seperti nombor di bawah:

Talian Khidmat (Care Line) Tone Group di 010-5000 969. 

Shares