LANGKAH 1 - BUAT KEPUTUSAN

Jangan teragak-agak. Kaji dan buat keputusan untuk berjaya!

Apabila anda dibentangkan dengan program ini, sila buka minda untuk mengkajinya. Ada beberapa perkara yang perlu anda jawab sendiri bagi menentukan samada anda sesuai untuk mengusahakannya.

Persoalan Pertama

Soalan pokok yang perlu anda jawab adalah adakah anda perlukan wang dan adakah anda sedang mencari jalan dan tidak takut berusaha untuk mendapatkan wang ?

Jika jawapan anda untuk ketiga-tida persoalan diatas adalah YA, maka anda boleh terus mengkaji program ini. Jika tidak, lupakan sahaja tentang program ini. Jangan buang masa anda.

Persoalan Kedua

Seterusnya, perhatikan produk yang digunakan oleh program ini iaitu talian prabayar. Pastinya anda sedang menggunakannya talian bimbit pada waktu ini kerana produk ini telah jadi barangan kegunaan harian setiap orang. Maka, persoalan kedua adalah berapa lama anda akan gunakan talian bimbit dan berapa kegunaan anda sebulan? Anda boleh kira sendiri berapa banyak wang yang telah anda belanjakan untuk menggunakannya dan berapa banyak lagi anda perlu bayar sepanjang hayat menggunakannya.

Dengan pasaran pengguna Malaysia membelanjakan RM2.6 Billon sebulan untuk penggunaan talian bimbit, anda boleh bayangkan berapa banyak peluang wang ringgit yang anda boleh raih jika anda mempunyai satu sistem canggih yang boleh menyalurkan sedikit wang penggunaan talian bimbit tersebut ke kantung anda. Itu lah yang ditawarkan oleh program wow iaitu ruang dan peluang untuk anda meraih pendapatan dengan cara yang paling mudah, pantas, lumayan dan berterusan! 

Persoalan Ketiga

Pada ketika ini, pemain-pemain industi telekomunikasi berlumba-lumba bersaing anatra satu sama lain untuk mendapatkan pelanggan menggunakan talian mereka. Tawaran demi tawaran terdapat di pasaran pada setiap hari. Syarikat-syarikat ini berlumba menawarkan harga panggilan murah dan data yang lebih banyak untuk menarik pelanggan. Jika diikutkan tawaran-tawaran ini, anda mungkin berubah talian setiap hari, hari ini talian M, esok talian C, lusa talian D dek kerana terpengaruh dengan pelbagai tawaran mereka.

Soalnya, untuk tujuan apa anda gunakan talian tersebut? Jika kerana harga murah. esok akan ada talian lebih murah. Jika kerana Data banyak, esok akan ada syarikat lain yang tawarkan Data lebih banyak. Ironinya, anda tetap jadi pengguna yang membayar setiap bulan!

Sebaliknya, jika anda jadikan sebab utama menggunakan talian bimbit sebagai alat menjana pendapatan, pastinya suasana pandangan anda terhadap talian bimbit akan berubah. Ini keunikan yang terdapat dalam talian program WoW ini. Bukan sekadar mengubah tujuan penggunaan talian bimbit anda malah memberikan lebih nilai apabila ia turut menawarkan Insuran Takaful PA 50K dan BIG POINT yang boleh ditukarkan dengan tiket penerbangan, percutian, penginapan hotel dan pelbagai barangan.

Persoalan Keempat

Syarikat Tone Group melancarkan komuniti mudah alih WOW dengan 2 pelan berbeza. Program pertama yang dilancarkan pada 2010 adalah program Tone Excel manakala program kedua iaitu program Tone Plus dilancarkan pada 2012. Secara asas, kedua-dua program mempunyai banyak persamaan, namun perbezaan paling ketara adalah pada pelan pembayarannya. Jadi, nak pilih program mana?

Namun bagi saya yang menyertai program Tone Excel pada April 2011 (No Ahli M – 37914) dan setahun setengah kemudian menyertai pula program Tone Plus pada Ogos 2012 (No Ahli TPA 000006) punya pandangan tersendiri:

1. Saya telah pun buat Tone Excel sejak April 2011 hingga berjaya membina rangkaian hampir 4 ribu orang. Pendapatan pun telah capai 4 angka sebulan dan telah pun capai taraf Service Center (SC).

2. Apabila syarikat Tone Group buat program kedua pada Ogos 2012, saya serta lebih kurang 30 orang leader-leader Tone Excel yang lain telah dijemput untuk menyertainya. Demi menunjukkan sokongan kepada syarikat, kami pun turut serta dalam program ini.

3. Memang terdapat cabaran apabila saya mula mempromosi kedua-dua program ini. Tone Group kata satu poket kanan, satu poket kiri. Tujuan program adalah sama, tetapi terdapat 2 pelan pendapatan yang berbeza. Itu yang susah. Tak boleh buruk-burukkan mana-mana program sebab kedua-duanya program Tone Group!

4. Akhirnya, saya ambil jalan tengah. Demi menjaga rangkaian, saya perkenalkan juga program Tone Plus kepada mereka dalam rangkaian Tone Excel saya kerana saya tidak mahu mereka ketinggalan apabila orang merperkatakan Tone Plus kemudian hari. Saya juga tidak mahu dipersalahkan kerana bersikap merahsiakan perkara ini. Sebagai pemimpin sewajarnya saya buka ruang dan peluang yang ada. Biar mereka menilai dan memilih.

5. Susah memilih program mana lebih baik. Namun, apabila saya bercakap dengan orang ramai terutama orang baru dan menerangkan pilihan antara kedua program, 80-90% darpada mereka memilih Tone Plus. Ini adalah fakta.

6. Sebab itu saya banyak mempromosi Tone Plus, Ini ditambah dengan pendapatan saya mencapai 5 angka dalam Tone Plus hanya 18 bulan!

7. Saya juga tidak jadikan kejayaan orang lain sebagai kayu ukur kepada pencapaian saya. Sebab itu, apabila anda buat sesuatu program jangan bandingkan pendapatan mereka sebagai pendapatan anda. Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.

Pastikan anda telah faham tentang kedua-dua program dan pilih salah satu program sahaja. Tone Excel atau Tone Plus. Anda tidak boleh menyertai kedua-dua program kerana ia tidak dibenarkan oleh syarikat penganjur Tone Group. JIka ingin menukar program kemudian hari, anda perlu matikan (expired) program sedia ada selama 3 bulan sebelum boleh masuk program lagi satu.

Persoalan Kelima

Untuk menjadi ahli dalam program ini, anda diwajibkan untuk membeli Pakej Mula (Starter Pack) yang bernilai RM98.60 (bagi Kad SIM 3G) atau RM103.80 (bagi Kad SIM 4G). Pembelian ini adalah untuk sekali sahaja untuk menjadi ahli selamanya. Jika anda dapat melihat nilai yang saya ulas diatas, pastinya harga tersebut bukannya masalah besar.

Anda juga boleh menganggap bahawa kos pembelian ini sebagai modal atau yuran (fee) bagi mendapatkan hak lesen bagi menjalankan bisnes ini untuk menjana pendapatan jutaan ringgit seperti yang telah saya capai secara terkumpul sejak 4 tahun ini. Pelaburan sebegini adalah sangat-sangat berbaloi!

Anda juga tidak perlu risau tentang harga Starter Pack tersebut kerana bersamanya anda akan dibekalkan PERCUMA kredit RM30 + PERCUMA Data 1.5GB (promosi) bernilai lebih RM36.00 + PERCUMA Alat Bantu Promosi bernilai RM5 + RM20 Tunai untuk penaja + RM0.90 masuk akaun anda semula + GST 6%. Jika anda jumlahkan semuanya, maka pakej bernilai RM98.60 ini adalah amat adil dan murah!!

Sebagai nasihat umum dari saya…… Jangan lah anda berangan untuk buat duit, jika RM98.60 pun tak boleh nak cari… Dan, jika anda tiada duit RM98.60 tersebut, maka anda lah yang paling wajib masuk program ini. 🙂

 

Untuk mendapatkan lebih maklumat untuk membantu anda buat keputusan, anda juga boleh membaca artikel saya tentang kenapa anda perlu sertai program ini seperti link berikut >>

Kenapa Pilih Program Ini ?

Kita hidup perlukan wang. Bukannya bermakna kita hidup kerana wang!

 

Setelah anda pilih program yang bersesuaian, sila buat keputusan untuk berjaya dalam program tersebut dan jangan teragak-agak untuk bergerak ke hadapan.

Jika anda was-was, saya yakin bahawa anda boleh melakukannya asalkan anda sanggup untuk mula dan mempelajari bagaimana untuk melakukannya. Tiada yang mustahil dalam dunia ini asalkan anda sentiasa bersikap positif dan ada keinginan untuk berjaya. Akhir kata, lakukan lah dengan penuh istiqamah!

 

Dream BIG and Keep It SIMPLE

Shares