KENAPA PILIH PROGRAM INI?

Kita hidup perlukan wang. Bukannya bermakna kita hidup kerana wang!

Terdapat berlambak-lambak program jana pendapatan yang ada di pasaran. Baik secara ‘Offline’ atau secara ‘Online’. Rata-rata menawarkan pendapatan mudah, pantas dan lumayan, Terdapat modal yang tinggi dan modal yang rendah, pulangan yang tinggi dan pulangan yang rendah. Namun, soal kesahihan program dan keberkesanan program harus diteliti sebelum anda terjun menceburinya. Bukan apa….biar kita kaji dahulu sesuatu perkara. Jangan nanti duit pelaburan kita hilang dan masa pula terbuang. Saya memang banyak didekati oleh mereka yang menganjurkan pelbagai program ini dan saya akui ada program yang bagus tetapi banyak yang mengarut.

imagesProgram pemasaran rangkaian atau rujukan pemasaran yang ingin saya perkenalkan ini telah wujud sejak tahun 2010. Program merujuk keahlian ini juga dikenali dengan nama Komuniti Mudah Alih WOW. Ia dianjurkan oleh syarikat Tone Group Sdn Bhd.

Ia mempunyai 2 program iaitu program pertamanya yang dilancarkan pada April 2010 adalah program Tone Excel dan program keduanya iaitu Tone Plus pula dilancarkan pada Ogos 2012.

Program ini bukan program MLM kerana ia tidak didaftarkan dibawah Lesen Akta Jualan Langsung (AJL) kerana ia tidak melibatkan sebarang jualan langsung sebarang produk pun. Untuk pengetahuan anda, saya tidak anti MLM ya… malah saya sangat suka (pro) dan tabik dengan bisnes MLM. Program rujukan pemasaran Tone Group ini adalah tertakluk dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia melibatkan talian telekomunikasi.

ini bukanlah juga Skim Cepat Kaya kerana anda juga dikehendaki berusaha untuk membentuk rangkaian bisnes anda. Ia juga bukan Skim Piramid yang memastikan orang atas sentiasa untung dek hasil usaha orang bawahan. Dalam program ini, siapa ada inisiatif dan berusaha boleh mengatasi pendapatan orang lama atau orang ‘atas’ bila-bila masa sahaja.

Dan ia juga bukan bisnes jual Top Up. Program ini tiada kena mengena dengan jual Top Up. Penjualan Top Up adalah bisnes sampingan lain yang ada ditawarkan oleh pelbagai pihak di pasaran.

Penganjur dan pengendali utama program ini adalah syarikat Tone Group Sdn Bhd. dengan sokongan syarikat gergasi di belakangnya iaitu Tune Talk, Tune Group dan CELCOM. Maka itu kedua-dua program Tone Excel dan Tone Plus telah menempah banyak kejayaan. Keahlian telah melebihi 1.5 juta pengguna dan ramai ahlinya telah berjaya mencipta pendapatan 5-6 angka sebulan!

Bercerita tentang saya yang menyertai kedua-dua program, terus terang dinyatakan bahawa dengan RM80 (harga lama) yang telah saya laburkan pada setiap program, pulangannya adalah terlalu berbaloi. Hasil daripada kedua-dua program, saya menjana 5 angka setiap bulan! Kini, saya telah bertaraf Service Center di program Tone Excel dan Premium Branch di program Tone Plus.

Kenapa saya aktif mengusahakan program ini?

Apabila seorang rakan meminta saya mengkaji bisnes ini pada awal tahun 2011, saya jadi terkejut. Saya macam tak percaya. Kalau selama ini orang takut dengan pemasaran rangkaian yang sering dipandang serong dan selalu dikaitkan dengan sebab yang salah, kini sebuah syarikat ternama menceburinya secara terang-terang.

Saya bersikap terbuka dalam hal bisnes pemasaran rangkaian. Perniagaan tetap perniagaan. Kita mesti melihat integriti produk yang dipasarkan dan juga pulangan apabila kita melakukan sesuatu bisnes. 

Integriti Produk

1. Bukan Produk Luarbiasa 

Rata-rata rakyat Malaysia pakai handphone, dari yang kecil hingga yang dewasa. Ia dah jadi produk keperluan setiap orang. Anda tak perlu perkenalkan lagi produk ini. Rata-rata orang dah tau cara menggunakan talian prepaid.

Di pasaran,  memang ada orang buat bisnes prepaid tetapi kebanyakannya jual Top Up. Selain itu, kalau ada pun program prepaid, teknologi cara penggunaannya tak semudah produk program ini. Ini adalah kerana program ini menggunakan talian Tune Talk yang telah lama popular di pasaran. Top Up nya mudah, terdapat di mana-mana kedai berdekatan. Ini kekuatan produk Tone Excel dan Tone Plus. Ia tak menyusahkan pengguna!

Tune Talk juga sudah ada nama. Mereka telah berada di pasaran sejak 2009. Maka, anda tidak perlu bersusah payah untuk memperkenalkannya kerana ia bukan jenama baru! Selain itu, Tune Talk juga adalah anak syarikat CELCOM yang mengunakan rangkaian infrastruktur CELCOM sedia ada. Wilayah CELCOM adalah Wilayah Tune Talk juga!

Menariknya, program kemasyarakatan ini beroperasi dengan hanya mengajak orang ramai untuk menjadi ahli program Tone Excel atau Tone Plus melalui penggunaan prepaid Tune Talk. Yakni, anda hanya perlu mengajak saudara mara atau kawan-kawan anda bertukar ke talian Tune Talk sahaja melalui salah satu program tersebut dan selagi mereka TOP UP, anda akan meraih pendapatan. Tiada jualan yang perlu dilakukan!

2. Pencipta Kategori “Prepaid Yang Membayar”

Apabila diperhatikan pasaran prepaid, semuanya sedut duit anda. Bertahun-tahun guna talian bimbit, tak pernah ada satu syarikat pun yang bagi balik walau 1 botol air mineral kepada pengguna. Semua pemberian penuh bersyarat. Sebab itu, saya katakan apabila program Tone Group berada di pasaran, barulah pengguna di beri ruang dan peluang buat duit dan berkongsi pulangan dalam industri ini.

Bagi saya, Tone Group adalah syarikat yang benar-benar mencipta kategori baru dalam bisnes Telco iaitu – Prepaid Yang Membayar anda!. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, sebagai pencipta kategori baru dalam sesuatu industri, ia akan sukar dicabar oleh mana-mana pendatang baru yang ingin turut serta.

call3. Produk Penggunaan Tinggi dan Berterusan

Ini yang paling saya suka, kadar penggunaan produk adalah tinggi. Setiap orang yang menggunakan prepaid akan Top Up untuk menggunakannya. Dalam program ini, anda tidak perlu bersusah payah mengingatkan rakan anda untuk Top Up. Mereka dengan rela hati akan ke kedai-kedai atau melalui khidmat online membeli Top Up untuk bercakap di handphone.

Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengatakan penduduk Malaysia membelanjakan secara purata sebanyak RM60 setiap bulan untuk bill talian bimbit mereka. Banyak tu!! Setiap orang akan menggunakannya selagi mereka hidup! Faktor ini memang amat bagus untuk buat bisnes!

4. Pasaran dan Industri yang Berkembang Pesat

Mengikut laporan SKMM, terdapat 33 juta penduduk Malaysia yang menggunakan sim kad prepaid (prabayar). Pengguna-pengguna di Malaysia membayar sejumlah RM2.6 Billion setiap bulan hanya untuk menggunakan handphone mereka!

Nyata, pasaran dan industrinya amat luas. Kadar penggunaan yang tinggi dan berulang-ulang ini sudah tentunya memastikan pendapatan yang berterusan untuk anda.

LogoTT15. Sokongan Syarikat Gergasi Yang Kukuh 

Penyelidikan saya membawa kepada siapa yang berada di belakang program ini. Seperti saya katakan awal tadi, penyedia khidmat talian adalah syarikat Tune Talk yang telah beroperasi sejak 2009. Tune Talk adalah sebuah syarikat MVNO yang dipunyai 35% sahamnya oleh  CELCOM dan 25% saham lagi dipegang oleh Tune Group! Selebihnya adalah individu-individu minoriti.

Apabila anda menggunakan talian program ini, 3 perkara hebat berlaku!! Pertama (1), anda menggunakan talian CELCOM yang sememangnya telah tersohor di negara ini. Keduanya (2), Tune Talk adalah juga anak syarikat Tune Group, sebuah konglomerat yang mempunyai anak syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan (Air Asia), perhotelan (Tune Hotels), Tune Money dan insuran (Tune Insurance). Maka itu, banyak tawaran penebusan BIG POINT untuk pelbagai barangan, percutian, penginapan hotel dan tiket penerbangan boleh dilaksanakan. Ketiganya (3), anda punya ruang dan peluang menjana pendapatan jutaan ringgit melalui program yang dikendalikan oleh Tone Group!,

Jadi, perhatikan bahawa talian program ini bukan sekadar talian untuk berhubungan antara satu sama lain sahaja malah lebih dari itu!!! Bukan sekadar Satu (1) malah Dua (2) dan Tiga (3) !!!

Pulangan Pelaburan

6. Kos Jadi Ahli yang Murah, Pakej Mula (Starter Pack) berharga hanya RM98.60 sahaja. 

Untuk menyertai sebagai ahli mana-mana program, anda hanya perlu dapatkan 1 kad SIM prepaid samada kad SIM program Tone Excel atau kad SIM program Tone Plus yang diedarkan oleh syarikat tersebut melalui ahli-ahlinya. Seterusnya, daftarkan sahaja diri anda di bawah rangkaian perujuk anda.

Jangan risau tentang harga Starter Pack kerana dengan pakej RM98.60 itu, anda akan dibekalkan PERCUMA kredit RM30 + PERCUMA Data 1.5GB (promosi) bernilai lebih RM36.00 + PERCUMA Alat Bantu Promosi bernilai RM5 + RM20 Tunai untuk penaja + RM0.90 masuk akaun anda semula + GST 6%. Jika anda jumlahkan, maka pakej bernilai RM98.60 ini adalah amat adil dan murah.

Selain itu, anda juga boleh menganggap bahawa kos pembelian ini sebagai modal atau yuran bagi mendapatkan hak untuk menjalankan bisnes ini bagi menjana pendapatan jutaan ringgit seperti yang telah saya capai secara terkumpul sejak 4 tahun ini. Sunggoh berbaloi-baloi!

Sebagai nasihat umum dari saya…… Jangan fikir untuk buat duit, jika RM98.60 pun tak boleh nak cari… Dan, jika anda tiada duit RM98.60, maka anda lah yang paling wajib masuk program ini.!

7. Pulangan Lumayan

Dengan hanya bermodalkan RM98.60, potensi pulangan sangat besar. Jika anda kaji pelan imbuhannya, maksimum anda boleh dapat sehingga 13%-14% dari hasil Top Up pengguna-pengguna anda dalam mana-mana program. Itu, peratusan sebagai ahli biasa, jika anda meningkat naik taraf dalam program ini, peratusan boleh meningkat sehingga 29% ditambah pula lagi dengan keuntungan hasil pengedaran Kad SIM!

Bayangkan kedai-kedai yang menjual Top Up hanya memperolehi antara 3% hingga 7% sahaja dari hasil jualan Top Up mereka. Tambahan lagi, mereka sentiasa perlu modal besar nak beli stok Top Up untuk dijual kepada pengguna. Anda pula tak perlu jual Top Up, tak perlu simpan stok pun, anda masih boleh mendapat pulangan lumayan. Rakan-rakan anda Top Up di kedai-kedai tersebut, anda pula yang dapat komisyen lebih tinggi! Susah nak cari produk bermodal kecil tapi pulangan yang sebegini tinggi.

Dengan hanya bermodalkan RM98.60 disamping usahanya pula sangat mudah dan pulangannya pula amat tinggi, bukankah program ini sesuatu yang luarbiasa?

8. Pendapatan Yang Boleh Diwariskan

Ini juga menarik perhatian saya. Katakan anda mengusahakan program ini, dan ditakdirkan kita tiada lagi. Apa yang program ini boleh lakukan adalah memindahkan komisyen tersebut kepada waris anda. Cumanya, pewaris tersebut perlu terus Top Up talian anda.

Ini mengingatkan saya kepada anak dan keluarga yang akan ditinggalkan. Sekurang-kurangnya, hasil usaha saya akan boleh dinikmati oleh pewaris yang saya namakan.

Okay, segala yang saya nyatakan diatas adalah sebab utama saya menyertai program ini. Sebenarnya banyak lagi kelebihan lain, tetapi 8 perkara tersebut adalah inti pati kenapa saya mengusahakannya. Anda boleh semak kelebihan-kelebihan lain program ini dalam artikel-artikel di blog ini.

doitWalaupun terdapat 2 program yang berbeza yang mungkin menyebabkan anda keliru, namun pada dasarnya, program mana pun anda sertai, ia tetap sama. Yang penting, anda usahakan!

Jika anda bertanya saya, maka bagi orang baru, saya syorkan Tone Plus kerana ia telah menetapkan satu matlamat iaitu 4 pengguna untuk mendapatkan komisyen 13%. Ia juga bersifat individu. Bagi orang yang sudah biasa dengan sistem pemasaran rangkaian pula, saya mungkin syorkan Tone Excel kerana Tone Excel lebih bersifat ‘team work’. Ia menguntungkan jika anda mempunyai rakan-rakan setia yang akan sanggup bersama membina kumpulan.

Mengikut pengalaman saya pula, pada mulanya saya aktif dalam Tone Excel, namun apabila saya mula mempromosi Tone Plus, lebih 90% akan memilih Tone Plus. Sebab itu, saya sangat aktif mempromosi Tone Plus dan pendapatan bulanan Tone Plus yang diterima pula 2o kali lebih banyak . Alhamdulilah!

Anda boleh menyelidiki perbezaan kedua-dua program tersebut. Secara ringkasnya, segala manfaat yang ditawarkan adalah sama tetapi perbezaan utama adalah hanya pada pelan pembayaran imbuhannya.

Berhati-hati memilih program kerana baru-baru ini pada 1 September 2016, syarikat telah menetapkan ahli Tone Excel tak boleh menyertai Tone Plus dan begitu juga sebaliknya. Jika anda telah masuk salah satu program, kemudian anda ingin masuk program kedua, anda perlu menamatkan salah satu program dan menunggu sehingga 3 bulan untuk daftar di program kedua.

 

Dream BIG and Keep It SIMPLE!

 

Shares