FAQ TEKNIKAL

1. Bagaimana untuk menyemak baki kredit?

Melalui handphone anda, sila dail *133# dan tekan butang Dail.

2. Bagaimana untuk Top Up akaun saya?

Melalui handphone anda, sila dail *122*#  dan tekan butang Dail.

3. Apa patut saya lakukan jika tidak boleh buat panggilan keluar ATAU menerima panggilan?

Anda boleh cuba lakukan langkah ini;

–> Melalui handphone anda, sila ke SETTINGS.

–> Pilih “Network Settings”

–> Pilih Option “Manual”

–> Pilih Network dan Pilih salah satu pembekal semasa yang ada seperti Maxis, DIGI sehingga pemilihan anda itu di tolak (reject) dan kemudia pilih Network Tune Talk atau CELCOM.

–> Buangkan semua senarai panggilan yang telah dibuat.

–> Tutup handphone selama 15 minit dan On kan semula.

–> Cuba buat panggilan.

–> Jika masalah masih dihadapi, sila call Tune Talk Customer Service di 03-79490000. Anda akan dilayan bermula dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

4. Siapa perlu saya hubungi jika terdapat sebarang masalah teknikal?

Anda boleh hubungi “Customer Service Tune Talk” di 13100 atau 03-79490000 dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Sila bekalkan kepada mereka Nama, No IC/Paspot dan nombor talipon.

5. Apa perlu saya buat jika tidak boleh hantar sms atau terima sms?
  • Sila ke “Message Setting”
  • Pilih “Text Message”
  • Tukar nombor pusat APN/Service ke +60193900045
  • Save dan OFF handphone seterusnya ON semula handphone.
  • Cuba untuk sms semula
  • Jika masalah berterusan, sila call Tune Talk Customer Service di 03-79490000 atau 13100 dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
6. Bolehkah saya kekalkan nombor dari rangkaian lain?
  • Ya, boleh. Ia dipanggil Mobile Number Portability (MNP) atau Port In.
  • Anda boleh lakukannya sendiri atau minta Service Center atau Branch untuk melakukannya.
7. Kenapa MNP (Port In) tidak berjaya atau ditolak ?

Ada 3 sebab proses ‘Port In’ ditolak:

  • Maklumat antara kedua-dua pembekal talian tidak sama.
  • Kesilapan mengisi nama Pembekal Khidmat talian nombor yang hendak dikekalkan.
  • Nombor kad pengenalan/pasport yang didaftarkan di Tune Talk dan di Pembekal Khidmat Talian sedia ada yang berbeza.
8. Apa saya perlu buat apabila MNP (Port In) tidak berjaya atau ditolak ?

Langkah berikut boleh diambil:

  • Pergi ke Pembekal Khidmat Talian sedia ada
  • Minta untuk menyemak nombor IC dan nama yang didaftarkan.
  • Beritahu syarikat Tone Excel/Tone Plus untuk memproses semula MNP (Port In) apabila maklumat telah di perbetulkan.

.

9. Bagaimana cara untuk aktifkan GPRS?
  • Sila dail *111#.
  • Menu akan keluar, sila pilih 4 bagi Services. Menu akan keluar lagi, kali ini
  • Pilih 1 untuk GPRS. Perkhidmatan GPRS akan aktif secara otomatik.
10. Roaming Antarabangsa.

Anda kini boleh menggunakan sim kad Tune Talk sambil berada diluar negara. Semua pengguna Tone Excel dan Tone Plus adalah secara otomatik mempunyai perkhidmatan ini dan sebarang konfigurasi tidak diperlukan. Anda boleh pilih untuk Direct Dial (Dail Terus) dinegara yang terpilih atau menggunakan pilihan Call Back untuk lebih jimat.

11. Kadar Panggilan IDD.

Sila klik di sini untuk – IDD Tone Excel

Sila klik di sini untuk – IDD Tone Plus

12. Voice Mail (Pesanan Suara)

Bagaimana mendengar pesanan suara?

arrow Sila dail 13103.

Bagaimana batal kan Voice Mail?

arrow Sila ke Setting>Call Setting>Call Divert>Divert All Voice Call>Cancel

13. Bagaimana dapatkan PUK jika sim kad saya di ‘block’ ?

arrow PUK anda dicetak atas sim kad iaitu nombor 8 Digit.
arrow Anda boleh hubungi Customer Care Tune Talk di 03-7949 0000 atau 13100.

14. Bagaimana cara untuk aktifkan Akaun ‘Self Care’ Tune Talk?

Anda boleh aktifkan atau set semula ‘Self Care’ Tune Talk anda dengan cara berikut:

arrow Masukkan Sim Kad Tone Excel/Plus kedalam phone dan ON kan.
arrow Bagi Sim Kad pertama kali digunakan, sila buat satu sms atau satu call terlebih dahulu. arrow Pergi ke laman web Tune Talk di www.tunetalk.com

Klik menu ‘Self Care’ dibahagian atas laman web.

selfcare
arrow Jika anda pertama kali login, sila klik ‘Click here’ di Forgot Username/Password?

arrow Masukkan Nombor IC/Passport anda dan nombor talipon Tone Excel/Plus anda .

arrow Anda akan menerima password sementara di talipon anda. Sila tulis password itu.

arrow Anda kini boleh Login semula menggunakan nombor IC/pasport dan password sementara tersebut. Apabila masuk ke akaun anda, sila tukar password itu segera.

arrow Sebarang masalah. sila call 03-7949 0000 atau 13100.

Shares