Berkuatkuasa serta merta bermula pada 18/12/2012, proses Group Pass Up seperti sedia ada dalam program Tone Plus pada waktu ini telah ditangguhkan. Ini kerana cara Group Pass Up akan berubah seperti berikut:

1. Anda boleh mencari 4 orang pada waktu anda sendiri. Walaubagaimanapun, setelah cukup 30 hari anda menjadi ahli (mempunyai nombor TPA) dan anda masih belum mempunyai 4 pengguna baru, perkara berikutnya akan terjadi.

2. Jika anda ada mempunyai/menerima pengguna yang dihantar kepada anda oleh downline, maka mereka ini sahaja yang akan dihantar terus ke upline anda yang telah layak. Ini akan berterusan, selagi anda tidak mendapat 4 orang pengguna pertama tersebut.

3. Ini bermakna pengguna asal yang anda taja samada 1 atau 2 atau 3 orang tersebut akan kekal bersama anda sehingga anda cukup mendapat 4 orang dan 2 akan dipilih secara rawak untuk dihantar kepada PENAJA/UPLINE yang layak.

KOMISYEN TAMBAHAN BARU:

1. Anda akan menerima hanya 3% komisyen Top Up dari setiap 1 atau 2 atau 3 orang pengguna yang ditaja terus oleh anda. Apabila anda telah mendapat pengguna keempat dan proses ‘Reverse 2 up’ berlaku, maka anda akan mula layak untuk menerima komisen 13%.

2. Anda akan menerima komisyen 13% dari hasil Top Up 2 orang pengguna yang telah dihantar oleh sistem ‘Reverse 2 up’ kepada PENAJA/UPLINE. Penaja anda juga akan menerima 13%.

Pelaksanaan Group Pass Up cara baru ini dan Komisyen diatas adalah bermula pada 1.1.2013.

Shares