androidPada awal bulan Februari 2013, Tune Talk telah memperkenalkan Pelan Data kepada pelanggan-pelanggan pengguna pelan Tone Excel dan Tone Plus. Ia bertujuan memberikan perkhidmatan penggunaan internet kepada pengguna ‘smart phone’.

Secara ringkas, pelan tersebut menawarkan perkhidmatan berikut:

1. Mingguan – RM17 sahaja.

Anda akan ditawarkan Capaian Data Internet sebanyak 200MB + 20 minit Panggilan PERCUMA kesemua nombor. Tempoh kegunaan (validity) adalah 7 hari dari tarikh langganan.

2. Bulanan – RM64 sahaja.

Anda akan ditawarkan Capaian Data Internet sebanyak 1GB + 60 minit Panggilan PERCUMA kesemua nombor + 100 sms PERCUMA (On-Net sahaja dan ke nombor Tune Talk sahaja). Tempoh kegunaan (validity) adalah 30 hari dari tarikh langganan.

Tatacara Langganan/Semak Status/Berhenti/Tambahan adalah seperti dibawah.

a. Untuk Melanggan Pelan Data

Untuk melanggan pelan mingguan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC17 dan hantar ke nombor 2222.

Untuk melanggan pelan bulanan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC64 dan hantar ke nombor 2222.

b. Untuk Menyemak Langganan Pelan Data

Untuk menyemak status langganan pelan mingguan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC17  STATUS dan hantar ke nombor 2222.

Untuk menyemak status langganan pelan bulanan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC64 STATUS dan hantar ke nombor 2222.

c. Untuk Berhenti Langganan Pelan Data

Untuk menghentikan langganan pelan mingguan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC17 STOP dan hantar ke nombor 2222.

Untuk menghentikan langganan pelan bulanan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC64 STOP dan hantar ke nombor 2222.

d. Untuk Menambahkan Langganan Pelan Data

Untuk menambahkan langganan pelan mingguan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC17 ADD dan hantar ke nombor 2222.

Untuk menambahkan langganan pelan bulanan, anda perlu menghantar sms dengan menaip CC64 ADD dan hantar ke nombor 2222.

Apa jadi jika anda tidak mempunyai cukup kredit untuk memperbaharui langganan pelan data ini?

Pelan ini adalah diperbaharui secara otomatik setelah tamat tempoh kegunaan (7 hari atau 30 hari mengikut pelan). Jika tidak cukup kredit, Pelan Data anda akan ditamatkan secara otomatik. Anda perlu melanggan semula Pelan Data ini dengan cara membeli kredit yang cukup dan langgan semula mengikut cara diatas.

Sebarang masalah anda boleh menghubungi terus Tune Talk di 13100 atau 03-7949 0000 mengikut waktu  8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Untuk pengguna handphone Blackberry, pelan data bagi Blackberry pula telah lama wujud. Kadarnya adalah seperti di link berikut. KLIK SINI.

Shares