Salah satu kelebihan menggunakan talian Tune Talk adalah anda boleh memilih nombor kegemaran anda. Walaubagaimanapun, pemilihan nombor yang dibenarkan adalah hanya 4 nombor terakhir sahaja.

Menariknya, anda boleh menempah dahulu nombor kegemaran anda walaupun anda belum membuat sebarang pembayaran lagi. Sesiapa pun boleh pilih dahulu nombor tanpa membeli Sim Kad – PERCUMA!

Jika anda ingin memilih nombor TuneTalk kesukaan tanpa membeli Sim Kad terlebih dahulu, anda boleh lakukan dengan cara berikut:

1. Lawati laman web TuneTalk, klik www.tunetalk.com

2. Klik menu ‘Self Care” di bahagian atas homepage tersebut.

3. Klik “Register Here” tulisan merah.

5. Isikan semua maklumat peribadi anda. Wajib bagi yang bertanda merah *.

6. Isikan “verification code” yang tertera

7. Seterusnya isikan nombor 4 digit akhir pilihan anda dan tekan ‘Fetch’.

8. Pilihlah diantara nombor-nombor yang terdapat disitu… kalau tak suka patah belakang balik dan buat 4 digit lain pula, klik ‘Fetch’ lagi. Kalau tak suka juga, patah belakang dan buat proses sama.

9. Setelah anda jumpa nombor yang disukai.. Klik ya di ‘Term and Condition’ dan ‘Continue’.

Nombor itu akan disimpan 24 jam untuk anda. Sila buat pembayaran UPGRADE VIP dengan segera untuk ‘confirm’kan nombor itu adalah hak anda. Jika tidak nombor tersebut akan kembali ke pasaran terbuka..

Kadang-kadang agak sukar untuk mendapatkan nombor pilihan yang disukai terutama nombor pilihan yang menjadi rebutan ramai orang. Mungkin anda boleh hubungi terus Tune Talk dan membeli nombor tersebut.

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

Shares