Banyak kali saya ditanya soalan seperti tajuk diatas. Agak sukar untuk saya menjawabnya. Ini kerana, saya menyertai kedua-dua program tersebut. Saya bermula dengan Tone Excel pada April 2011 dan telah mempunyai ahli lebih 2,000 ahli apabila syarikat memulakan program keduanya iaitu Tone Plus pada Ogos 2012.

Saya kurang pasti kenapa Tune Talk mengadakan 2 program berbeza tetapi saya diberitahu atas permintaan ramai ahli yang mahu sistem yang lebih pantas untuk mencapai pendapatan yang lebih lumayan. Itu sebabnya Tone Plus dilancarkan.

Untuk saya cuba menjawab soalan diatas, anda perlu tahu fakta perbezaannya dahulu. Sila klik persembahan power point berikut:

[office src=”https://onedrive.live.com/embed?cid=54D6FB2AB13EED10&resid=54D6FB2AB13EED10%21134&authkey=ABAFFkgGt_WVkKk&em=2″ width=”640″ height=”527″]

Dalam menilai program pemasaran rangkaian, bagi saya secara dasarnya, tidak kira apa pun program, yang penting adalah Integriti Produk, Syarikat, Sistem Imbuhan dan Pembelajaran. 

Memandangkan program Tone Excel dan Tone Plus adalah merupakan produk yang hampir serupa dan oleh pengendali syarikat yang sama, maka  seharusnya perbezaan yang kecil seperti nilai komitmen Top Up dan tarikh pembayaran komisyen tidak perlu diperbahaskan. Sila lihat dan baca fakta-fakta keseluruhan tentang program -program tersebut dalam post-post saya sebelum ini.

Yang menjadi pokok persoalan adalah perbezaan yang amat ketara dalam cara Sistem Pembayaran Imbuhan. Perbezaan ini menjadi titik tolak dalam menentukan program mana untuk anda menjana pendapatan. Apa yang saya bincangkan disini adalah berkenaan kedudukan sebagai ahli biasa program tersebut tanpa mengira apabila mereka telah meningkat sebagai Service Center, Branch dan sebagainya,

1. Bonus ‘Fast Track’ Menaja: Dalam program Tone Excel, apabila anda menaja duit Bonus menaja sebanyak RM20 akan dikreditkan kedalam akaun anda pada bulan berikutnya iaitu sebanyak 2 kali. Manakala dalan program Tone Plus ia bersifat TUNAI sebanyak RM20. Ini kerana, apabila anda (ahli) membeli sim kad Tone Excel pada harga RM90 dan dijual semula pada harga RM90. Tetapi dalam Tone Plus, anda (ahli) membeli sim kad pada harga RM70 dan menjual semula pada ahli baru pada harga RM90.

2. Komisyen: Secara ringkas Tone Excel menggunakan sistem pembayaran pelbagai peringkat (MLM) tradisional. Ia membayar setakat 3 Aras sahaja dengan pembayaran berjumlah 6%, 3% dan 11% (Tahap 1) atau 10%, 3% dan 13% (Tahap 2) bergantung kepada nilai Top Up anda samada antara RM20-RM59.99 atau Lebih RM60. Ini bermakna setiap ahli yang ditaja terus di aras 1, pembayaran komisyen Top Up  6% atau 10% bergantung kepada nilai Top Up anda. Penajaan terus boleh berlangsung secara infiniti kerana tiada had penajaan yang dikenakan.

Bagi Tone Plus pula, ia menggunakan sistem pembayaran yang agak robust dengan menjanjikan pulangan 13% kepada sesiapa yang telah berjaya mendapat ahli pengguna baru seramai 4 orang. Ini bermakna, sesiapa yang ditaja terus selepas 4 ahli yang pertama, maka anda akan dibayar sebanyak 13% . Penajaan terus juga boleh berlaku secara infiniti kerana  tiada had penajaan dikenakan.

Isu penajaan terus yang saya perkatakan diatas adalah berkenaan apa yang dipanggil ‘kelebaran’ (width)  rangkaian yang boleh menjana pendapatan untuk anda. Yakni, kedua-dua program menawarkan penajaan terus secara infiniti dengan nilai komisyen Top Up yang berbeza-beza iaitu 6% atau 10% untuk Tone Excel dan 13% untuk Tone Plus.

widthdepth

Dari segi ‘kedalaman’ (depth) rangkaian pula, perhatikan bahawa Tone Excel hanya membayar setakat 3 Aras sahaja. Aras ke 4 dan seterusnya tiada sebarang pembayaran komisyen kecuali anda naik pangkat ke Service Center.

Manakala Tone Plus pula melakukan pemilihan 2 orang secara rawak dalam setiap 4 orang downline anda. Ia boleh dikatakan secara infiniti jika downline anda bergerak. Jadi, Tone Plus ada potensi ‘kedalaman’ walau pun anda tidak naik pangkat.

Walaubagaimanapun, untuk kedua-dua program, agak sukar untuk saya menyatakan sejauh mana seseorang itu mampu untuk mengerakkan downline supaya ia terus bergerak dan menambahkan ‘kedalaman’ rangkaian organisasinya. Ia bergantung kepada kemahiran dan kekuatan individu itu untuk mengerakkan kumpulannya.

Contoh: Katakan A ahli baru. A berwawasan, berkemahiran, bersemangat dan sangat hebat menaja. A mungkin boleh menaja B dengan mudah. Tetapi adakah B mampu menaja orang lain?

Dalam Tone Excel, jika B juga adalah seorang yang sama berkemahiran, bersemangat hebat maka A akan beruntung kerana B akan  membesarkan ‘kelebaran’ rangkaiannya. Dalam Tone Plus pula, sehebat mana pun B, dia akan hanya menyumbang 2 orang sahaja kepada A mengikut sistem reverse 2 up.

Bagi saya, agak penting untuk menaja mereka yang hebat dalam Tone Excel agar ‘kelebaran’ rangkaian bertambah atas inisiatif ‘leader-leader’ tersebut. Anda akan beruntung jika dapat menarik mereka yang hebat untuk menyertai anda secara terus di Aras 1.

Apakah pilihan anda jika anda tidak dapat menaja ‘leader-leader’ hebat? Mudah… Anda akan terus menaja dan menaja. Jika anda dalam Tone Excel, proses menaja dan menaja akan memberikan pulangan 6% atau 10% tetapi didalam Tone Plus, anda berpeluang untuk mendapat 13% sekiranya anda menaja orang ke 4 dan seterusnya.

Saya pasti apabila anda masuk mana-mana program pun ia adalah untuk berusaha menaja bagi menambahkan pendapatan. Jadi, apa bezanya jika menaja 1, 2, 3, 4 atau 5 atau seterusnya?

Seperkara tentang Tone Plus yang saya gemari adalah ia mempunyai ‘target‘ untuk dicapai oleh setiap ahli iaitu menaja 4 orang ahli pengguna baru sebelum di naik taraf. Secara teori, ianya adalah matlamat oleh setiap ahli untuk berjaya.

Secara peribadi, saya berpendapat, jika anda orang baru atau tiada masa dalam membentuk organisasi maka Tone Plus adalah sesuai untuk anda kerana ia menyediakan anda ‘target’ awal untuk dicapai. ‘Target’ ini pun tidak lah sesukar mana. Sekadar 4 orang yang mampu dilakukan oleh sesiapa jua yang rajin berusaha. Program ini untuk semua peringkat pencari peluang, baik orang baru atau lama. Program ini bersifat individual.

Bagi mereka yang sedikit berpengalaman (tau cara ‘cucuk satay’) dan mempunyai rangkaian atau mempunyai kekuatan berorganisasi atau bercita-cita membentuk kumpulan besar, maka Tone Excel boleh memberikan peluang tersebut. Ini kerana apabila anda telah berjaya membentuk rangkaian, pangkat Service Center atau Branch akan memberikan anda pulangan yang lumayan. Program ini bersifat kumpulan (grouping).

Okay, pendapat 2 sen saya ini mungkin silap. Anda yang lebih berhak untuk menilainya. Jangan risau untuk mencuba mana-mana program. Bak kata orang, mana-mana program pun sama, janji anda buat! Kalau masuk program sistem terbaik di dunia sekali pun, jika anda tak buat, hasilnya TIADA  juga.

Kita bernasib baik kerana program ini bernilai RM90 sahaja. Pelaburan nya rendah. Jika terlalu mahal, agak sukar juga saya nak buat percaturan. Tulisan diatas adalah atas pandangan peribadi saya setelah lebih kurang 4 tahun mengusahakan Tone Excel dan 2 tahun dalam program Tone Plus. Saya masih melakukan kedua-dua program.

Jika anda orang baru, saya tidak menasihatkan anda untuk melakukan kedua-dua program kerana saya percaya anda akan lebih berjaya jika anda fokus kepada satu program sahaja dan melakukannya sehingga berjaya.

Kalau anda ada pandangan, saya alu-alukan.  TQ.

Shares