Bila kita bercakap tentang rezeki, ramai yang tahu bahawa 90% rezeki datangnya dari perniagaan (bisnes). Bahawa 10% sahaja diuntukkan bagi cara lain selain bisnes. Jika mereka di alam pekerjaan pasti tahu kekangan kewangan yang dihadapi. Duit adalah tetap tetapi perbelanjaan sentiasa bertambah-tambah setiap hari. Maka terpaksa buat ‘budget’ agar tidak tergelincir duit yang diterima.

Namun, adalah ia mencukupi? Boleh kah budget tersebut diikuti?.. ada sahaja benda baru yang perlu di bayar. Pecah budget lagi.

Jika anda sedang bekerja, dah tentu anda merasa telah buat segala-galanya yang mungkin.. anda kerja lebih masa, anda naik pangkat, anda menabung, anda menyimpan… anda layan kerenah boss.. Tapi, kedudukan kewangan masih tak cukup-cukup. Masih juga anda bergelut dengan segala keperluan harian yang mendatang.

Ironinya, harga barang sentiasa naik, tapi gaji tak ikut naik!

Ada yang berkata cukuplah duit apa yang ada.. Nak buat apa duit lebih. Namun, pernah kah kita budgetkan pendapatan kita untuk perkara yang tak berapa kita fikirkan seharian. Contohnya, wang untuk Ibu Bapa, untuk anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti baik dalam atau luar negeri, untuk waktu kecemasan seperti ahli keluarga sakit terlantar di hospital. Berlaku kematian yang tidak menjanjikan tempat dan masa. Terfikirkah anda untuk meluang masa bercuti, bersenang-senang menghabiskan waktu ‘berkualiti’ bersama keluarga?

Apabila anda berfikir dengan bisnes, anda terasa ragu-ragu.. “Bolehkah aku buat bisnes? “,”Aku tidak ada pengalaman”, “.. Isshh bagaimana nak mula?”, “… aku tak tau apa-apa.”,” Nak jual barang? ” “Isshh.. aku malu..”, “Aku tak pandai..” … segala seribu satu alasan keluar di fikiran.

Apabila kawan-kawan mengajak anda buat bisnes.. anda berfikir.. “Isssh nak kena cari orang ke?” “Aku tak tau nak bercakap la…”, ‘” Skim piramid ka?”, “Skim Cepat Kaya ka ni? ” Adoi… banyaknya alasan. 🙂

Nak buat bisnes sendiri? Anda perlu ada beberapa perkara asas yang mesti kukuh iaitu Pertama, Integriti diri dan kewangan anda atau organisasi/syarikat yang anda nak tubuhkan. Kedua, produk yang anda nak perkenalkan dan segala aspek pasarannya dan Ketiga, bagaimana pula sistem yang anda akan gunakan untuk memasarkan produk dan keuntungannya. Woowww banyak bendanya yang nak difikirkan.

Namun, hari ini sistem pemasaran rangkaian telah memudahkan segalanya untuk anda. Sistem yang telah ujud berpuluh-puluh tahun ini telah menawarkan anda cara terbaik untuk bisnes dan menjana pendapatan. Tapi memang benar sistem ini telah banyak disalahgunakan. Orang yang tidak bertanggungjawab telah menyalahguna sistem ini untuk buat Skim Cepat Kaya dan Skim Piramid. Jadi anda perlu berhati-hati.

Bagi saya, apabila anda didatangi oleh rakan-rakan mengajak anda menceburi bidang pemasaran rangkaian, anda perlu menyemak 3 perkara diatas… SYARIKAT, PRODUK dan SISTEM. Jangan sampai tersilap masuk skim yang akan merugikan anda. Jangan terpedaya dengan segala ‘pertunjukkan’ duit yang dihidangkan kepada anda. Lihat segala asasnya sebelum anda menolak.

Sistem pemasaran rangkaian sebenarnya menawarkan pembahagian keuntungan unik antara anda dan syarikat. Ia berbentuk perkongsian unik antara anda dan syarikat. Anda tidak perlu keluar modal besar kerana syarikat telah melakukannya, tak perlu fikir produk kerana syarikat telah berfikir tentangnya, tak perlu fikir keuntungan kerana sistem menjana keuntungan telah disediakan syarikat. Anda hanya perlu pilih antara pelbagai produk yang ditawarkan dan cari keuntungan yang berbaloi dengan pelaburan anda.

Dengan segala-galanya telah disediakan oleh syarikat, pelaburan utama yang anda perlu lakukan adalah MASA.

Luangkan masa anda untuk mempelajari bisnes tersebut, luangkan masa anda untuk duduk bersama prospek dan luangkan masa anda untuk bersama-sama rakan niaga anda membina rangkaian perniagaan.

Jika anda tak tahu… Kata kuncinya adalah …..BELAJAR

 

Dream BIG and Keep It SIMPLE!

,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ramai yang sedar bahawa ada banyak cara untuk buat duit samada secara online atau offline.

Shares